Work is Work, Dont take it personal..

November 5th, 2009 by xsaed

Background story macam ni: dalam minggu lepas, ada seorang rakan kerja menganggap satu “kesilapan” dia, yang aku bagitau kat dia adalah sebagai tanda bermusuh. Dia bagi ayat, ” Let’s work together and don’t fight..”. Kesilapan tersebut adalah hasil kerja dia & bukannya kelemahan peribadi dia, &  aku menghilite bende tu adalah satu isyarat bermusuh?

Pelik bin Ajaib, at least dalam logik aku, macamana boleh sampai kepada kesimpulan begitu? Prinsip aku, dalam kerja seharian, kerja adalah kerja & hal peribadi adalah hak sendiri. Jadi, untuk menghalalkan hasil gaji kerja tu untuk bagi makan anak & isteri, maka laksanakanlah apa yang majikan dah amanahkan kita buat; dengan betul. Memang tak luak majikan kalau kita biar macam tu je, tapi bila keluarga & hidup tak berkat, mula nak salahkan tuhan & nasib (takdir). Dan aku jugak yg terpaksa dengar leteran tu! Dem!

Kenapa dia tak paham konsep “Work is Work, Dont take it personal..”

Samalah timbal baliknya, masa untuk peribadi & famili pun jangan la dikorbankan untuk buat kerja pejabat… Selama 3 tahun berkeluarga ni, aku dah berjaya mendisiplinkan diri untuk tak bawak kerja balik kat rumah (unless on a couple of occasions). Beza masa bujang masa baru masuk kerja dulu, hari sabtu pun kadang² full day kat ofis/site. Sekarang ni, aku wajibkan diri luangkan masa untuk anak² & isteri, yang dah sememangnya HAK diorang. Yup, mungkin dalam setahun lebih ni, aku habihkan banyak juga masa tidor atas bas (commute dari Tanjung Malim & Seremban ke KL - pergi gelap, balik gelap), tapi sekurang²nya masa kat rumah langsung tak sentuh kerja. Sekarang dah tak commute, maka sepatutnya banyak lebih la masa untuk keluarga & juga diri sendiri. Kesimpulannya dah hampir settle down ni, kena la heret orang rumah pergi joging - masa untuk diri sendiri dan kesihatan. Hahaha 67kg adalah tahap bahaya, ke sebab berat tulang je?

La Prima Vera - Summer

October 21st, 2009 by xsaed

Gambor kat bawah ni adalah desktop aku

desktop aku, wide screen hehe

desktop aku, wide screen hehe

Yang ni pulak standby screen henset aku

Norkiah 5800 XpressMusic - Solstice by Pizero

Norkiah 5800 XpressMusic - Solstice by Pizero

Jadi, apakah lagi alasan kamu wahai pengkritik dan jugak para skeptik untuk mengesyaki bahawasanya lalang kat depan umah tu, memang sengaja aku tanam? Aku memang minat. Paham? Capisco? Fahimti? Ming Pan?

akal mengakal

October 21st, 2009 by xsaed

Scene 1, Act 1

Suatu petang, sedang dalam perjalanan menaiki kereta, ternampak la badan treler yang diparkir tepi jalan. Oleh kerana sengaja nak penuhkan masa lapang, maka si bapak pun tanya la pada sang anak, umar :

Si Bapak: Tengok lori tu, Mana kepala dia? (seraya menunjukkan treler tanpa kepala).

Sang Anak: Tade, da ilang!

Si Bapak: Kalau kepala dia takde, lori tu boleh jalan tak?

Sang Anak: Taaak

Si Bapak: Kenapa? kenapa lori tu tak boleh jalan? (Sambil mengharap anaknya berfikir jauh alasan untuk jawapan konfiden diatas)

Sang Anak: (berfikir sekejap) Tade kunci!

Tengx3

Si Bapak: (Betul jugak tu… sambil carik idea tukar topik)

Scene 2 act 1.

Terberenti di traffic lite sebelah kereta tunda yg sedang tow kereta rosak

Si Bapak: Tengok kereta tu, dia tak boleh jalan sendiri… (seraya menunjukkan tow truck dan tontonya).
*perhatian: penggunaan kata ganti nama yang salah, dia utk kereta

Sang Anak: A’ah dia tak boleh jalan…

Si Bapak: Kenapa? (Sambil mengharap anaknya berfikir jauh alasan untuk lagi jawapan konfiden diatas)

Sang Anak: Dia sakit!

Tengx3

Si Bapak: (Cehh… kena lagik…sambil carik idea tukar topik)
Moral: observation budak² adalah jujur, kadang² kita pun tak terfikir… lalala

Tak berkenaan: Ada pulak mamat hotel kat genova pergi buat iklan kat entri masa pergi genova kat sini& sini, dia ingat haku ada uang mau ke sana lagi!

Khas untuk Hakim - Laporan Hari Raya

October 7th, 2009 by xsaed

Salaam,

dah janji nk cerite pasal hari raya, tapi tak sempat2 lagi… biasa la tuh ;) anyway Eid Saeed & alaikum binnajaah…

Ptg sebelum raya, buat BBQ utk last iftar.. buat dekat Pinang Gading saje, senang ramai jiran dah balik kampung, jadi sunyi sikit la..

masak pakai kipas letrik, tak aci hehehee

لحم الضأن المشوي والحبار مشوي

لحم الضأن المشوي والحبار مشوي

———

Pagi raya, cam biasa semayang kat Desa Rhu, imam gugup - rakaat ke 2 dia lupa takbir 5x tuh, semayang pulak laju macam nak kejar traffic light. Tu la akibat mempolitikkan masjid, letak orang yang tak ahli tuk jadi imam…

gambar famili

gambar famili dpn umah (tambah aisha tahun ni)

悪魔 - setan dah lepas

悪魔 - setan dah lepas

Pastu makan² kat umah paksu, g umah tokjah, & g umah tok mah jalan kebun… tu je aktiviti 1 Syawal tahun ni

merewang hamper paksu

merewang hamper paksu

Umah tokjah dah buat renovation

Umah tokjah dah buat renovation

g umah tokmah kat jalan kebun, kt Muar dah takde orang

g umah tokmah kat jalan kebun, kt Muar dah takde orang

Itu jela perkara² bidaah yg kitorng buat semasa raya

bergambar… check

ziarah kubur…check

g kebun…check

makan hamper…check

END

Sepi itu indah…..

October 2nd, 2009 by xsaed

adakah justifikasi ini memadai ? (May09-Sept09)

Kerenyahan mencari umah…

May 19th, 2009 by xsaed

[I]

Hehe, dah dekat sebulan tak pindah-pindah… ape ke he nye ghopenye macam gini? Eh, tercakap perak pulak, maklum la.. kan ke peghok ade tokoh ngaku ghope mahatma gandhi, suke bebeno teman.

Balik citer asal, rumah first tu ada kerumitan sikit dengan sikap landlady serta kemahiran analitik dan ‘common sense’ beliau (dengan kata mudah, ada sikit bangang & benak le..) Ade ke sume repair kat umah tu die suruh aku buat sendiri, kalau takat tukar lampu, mentol ke OK la, ni rumah dia ada tangki air problem pon dia suh aku baiki, sliding door dah aku terperasan ada lubang besar syiling 50 sen pun dia suh tampal selotep. Mereng ke ape? aku saja je tak nak komen pasal rambut die yg kaler merah dan berbau minyak bijan tu kat entri ni, sebab nanti org kate ‘character assasination’ pulak. Ataupun pasal dok nak cakap english broken sambil mulut menyentil sireh… Ataupun pasal nama die Subashini Bai tapi soh panggil die Florence. Haremmmm

Moral : sila survey rumah di waktu siang dan bukan di waktu rembang senja jikalau anda rabun ayam ataupun memang seorang ayam. Ayam kena kirja malam maaa…

Naseb baek dapat pau balik duit deposit, kalu tak terpaksaa la dok umah tu, tak mau rugi punya pasal. Dah tak jadi dok situ, kena la survey lagi, dapat pulak satu umah ni, lawa la jugak interior sebab mamat owner ni dah bikin. Siap ada plaster siling bagai, kira puas gak la kalau dapat situ, tapi owner ni ada sikit pelik. En N ni macam saje² melambatkan deal kitorang, aku nak bagi deposit dan-dan, dia kata tunggu dulu la, pikir dulu la. En N ni lembut gusi dari lidah, ada macam hegeh² sikit la. aku naik geli pun ade. Tap-tup 2-3 hari dia kate nak bagi sewa kat orang lain. En N kate sebab orang tu nak bawak NENEK dia dok skali, org tu merayu² tepon dia sampai 12x satu hari, tak sampai hati la. Come on la, cakap je la orang tu dah offer sewa lg tinggi la, aku paham la. OK la (ckp gaya nada ibrahim pendek la)

Last² dapat sewa la satu umah, lagi dekat dengan sekolah zaujah aku tu. Kira 2 pelaung sampai la. Mungkin hikmah kot, dekat gila. Tapi bahaya gak, kang kalu ade murid buat kes yg nak bocorkan tayar keta zaujah aku, lg senang.. terus je die g umah, bocorkan tayar keta aku. Tu yg tak boleh terima tu, kalau tayar keta zaujah aku je kena bocorkan, aku boleh terima.

[II]

gambar 2 orang ‘yatim?’.

laisa alyatiimu man intaha abawahu minh, hammi alhayati wa khallafahu zalila. bal alyatimu man allazi tulqa lahu. umman takhallat au aban mashghula” Au kama qaal. Semoga aku tak always mashghul atau zaujah aku tak takhallat.  Aku pon tak ingat sajak buku teks bahasa arab form 5 tu. kalau salah, ketawakan lah aku. Tp, pikir dalam², mmg terkesan la maksud dia…

Umar supervise aisha golek²

Umar supervise aisha golek²

Umar supervise aisha main²

Umar supervise aisha main²

berenti main jap... Senyum... tgk kamera...

berenti main jap... Senyum... tgk kamera...

Bergerak rumah lagi….

April 23rd, 2009 by xsaed

[I]

Jauh kito marantau pai marantau… Laman kampuang salalu takonang juo…..

Ceheee… konon² nak poi moghantau jauh, tapi sepolaung kek kajang yo… itulah perkembangan terkini, minggu sudah, zaujati baru saja ditempatkan kat sekolah kat Kajang, dekat dgn antenna farm tu, so pakcik samuri, tunggulah kedatangan kami, walaupun aku men’despise‘ kuah kacang cair loleh kamu itu…

Umah dah servey, ujung minggu ni pindah le kot, in sya’a Allah.

[II]

betul jangkaan aku, 2 bulan ni memang akan pack gila dgn hal² kerja, so takde peluang banyak nak tulis apa² kat sini… maka blog ini kesunyianlah ditinggalkan selama 2 bulan tanpa nafkah zahir dan batin, nasib baik taklik aku kata 3 bulan… 

 LAN port laptop pun dah hangus diletup oleh arus aruhan kilat & petir. Hairan bin ajaib, modem cikai TM tu tak hancur pun. Maka utk mengelakkan ongkos rambahan RM500 utk tuka mobo laptop, aku pun beli la wireless modem, baru le boleh berhentenet.

[III]

Pak Tam aku kat Batu Pahat baru meninggal pagi Selasa lepas, itu pun dah duduk ICU dari Rabu minggu sebelumnya. Arwah dilanggar lari dari belakang, sewaktu perjalanan ke surau utk solat Subuh. Moga² mendapat husnul khatimah, diampun dosa & diterima amalnya.. AlFatihah. … …

Il mio viaggio in Italia.. #4 - Genova : Nervi

February 20th, 2009 by xsaed

III Nervi

 1st day lepas kelas, pukul 5 ptg, since masa summer tu, maghrib pukul 8, kami pon rancang la nak merayap². Berenti kat lorong perniagaan di Sestri Ponente, beli tiket AMT Genova settimanale (tiket mingguan). Naik kat stesen keretapi dia, tuju ke eastmost stesen yg tiket tu laku. Stesen Genova Nervi. Nervi di kawasan tepi pantai (walaupun takde pantai), lebih kepada tebing tepi laut. Dari stesen s.Ponente, kami naik tren regionale, kire macam komuter kite la, tapi die pakai keretapi betul, siap ada yg 2 tingkat lagi deck dia. Architecture/Town planning kat Nervi ni unik sikit, in fact the whole Genova is unique. kawasan die berbukit2, betul2 tepi laut, tak banyak land area utk pertanian. Rumah2 kat kawasan bandar tu banyak bertingkat2, macam flet/apartmen dalam 4-5 tingkat dan juga square bentuknya, bukannya macam flat pekeliling, 20 tingkat, lif rosak. Kat kawasan kampung sikit baru le banyak sikit rumah atas tanah. Diorang bina jalan, relway, pedestrian walk sumenya in line dengan bentuk muka bumi,jadi kita akan banyak jumpe terowong, jambatan, retaining wall dsb. Kalau kat Mesia, confirm bukit tu dah kena tarah  masa kerja2 pembinaan dilakukan, mungkin utk save cost supersubcon yg buat projek tu. 

Fermata Genova Nervi (Nervi Station)

Fermata Genova Nervi (Nervi Station)

Kat Nervi ni pon lebih kurang macam tu jugak, jalannya semacam ada 2 level dek kerana jalan keretapi di kawasan agak tinggi dan jalan-jalan bandar agak rendah, ditambah dengan terowong-terowong lebar berselang seli merentasi jalan keretapi tersebut. Kami terus tuju ke arah laut, melalui kawasan pejalan kaki yang dibina di tebing laut tersebut. Ada terasa macam di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, bezanya disana diperbuat dari kayu, tetapi di sini kebanyakannya dari batu. Di Nervi, laluan tebing laut ini ada bangunan restoran, rumah api, tempat duduk, belakang rumah orang, bar, dermaga, rumah bot dan hidup dengan berbagai aktiviti santai yang lain. Untuk senang cerita, tengok je la gambar kar bawah ni. 

Di atas, landasan, sikit bawah level pedestrian, perhatikan 2 terowong lebar yg lalu bawah tu

Di atas, landasan, sikit bawah level pedestrian, perhatikan 2 terowong lebar yg lalu bawah tu

kiri»kanan : restoran, mini bar, pier. di belakang, puing kota lama

kiri»kanan : restoran, mini bar, pier. di belakang, puing kota lama

bot beraneka warna ;)

bot beraneka warna ;)

muka batu(?) rockface yg beralun unik, hasil pergerakan batuan, kuasa Allah swt, bawah tu sungai mengunjur dari gua masuk ke laut adriatik

muka batu(?) rockface yg beralun unik, hasil pergerakan batuan, kuasa Allah swt, bawah tu sungai mengunjur dari gua masuk ke laut adriatik

Il mio viaggio in Italia - Filler Entry #1

February 19th, 2009 by xsaed

Makanan ruji aku di Itali, alkebaaab..

ada kebab turki, ada kebab arab, bantai je la mana yg ada tanda halal tu. Harga dalam 5€ satu set. Kalau tukar ke harga RM, mau tak jadi makan tu… Beli sebotol jus pic, dalam bahasa arab panggil “3asiir”. Jus yg pure, bukan jus buah “pior” seberang takir, itu pior sukrosa tebu, yang ini memang perahan buah. Dalam kebab tu, dia gulung sekali french fries, dan daun sayur. Selalu memang tak habis sekali makan sebab besar, esok sambung lagi ;) 

Kebab (ayam, daging etc) + peach juice sebelah tu

Kebab (ayam, daging etc) + peach juice sebelah tu

Closeup...

Closeup...

gambar dari hotel, waktu fajar menjelang dalam pukul 5 lebih. Suria menjengah lembut dari balik bukit, mengintai cahaya ke teluk genova, sebelum haruk pikuk manusia dan kenderaan mengambil alih suasana…

mentari di balik bukit

mentari di balik bukit

Belakang hotel tu, pemandangan exit dari “Autostrade Azzurra” ke aeroporto. Kira highway toll, lambang sejibik macam PLUS. (ke plus yg tiru?). Perati bawah kanan tu ada railway, kira extensive jugak diorang punya rail network. KTM dia nama “Trenitalia“.

exit highway

exit highway

Sebelah airport, depannya pelabuhan. Aeroporto Cristoforo Colombo, tak banyak flight commercil yang turun, itupun connecting flight dari Rome - Fiumicino, tapi banyak personal jet turun, ada jugak 2-3 bijik amfibian plane, kat belakang hangar dia siap ada rangka kapal terbang kecik, biasa kat pilah aku nampak rangka kereta mercedes lama je… Sebelah airport tu (far left) ada porto (port), tapi banyak personal boat je, cruise ship landing kat sebelah porto antico. Kereta yang banyak tu ada yg personal, ada yang kereta sewa (Hertz , Maggiore etc). Maka dengan 2 keping shot dari bilik hotel, cukuplah segala penerangan tentang sistem pengangkutan, pelajaran geografi, alam dan manusia untuk kali ini. Murid-murid, bangun! - Terima kasih cikgu!. Sekian terima kasih 

Port & Airport

Port & Airport

Il mio viaggio in Italia.. #3 - Genova : Town

February 18th, 2009 by xsaed

II

Dari airport, bas-stop terakhir volabus tu ialah di piazzale princippe (Prince Square), depan stesen tu, ada satu tugu, dari marble putih. Tugu siapa? yup you guessed it right, mungkin org paling femes berasal dari genova, cristoforo colombo, lebih kita kenali sebagai si pelaut Christopher Columbus. 1st target, nak pergi ke pusat bandar genova, piazza ferrari. Berbekalkan peta dan brosur (ini adalah ejaan melayu standard) yang sudah ambik kat hotel, kami cari le jalan menuju ke Piazza Ferrari. Memang nasib baik dah tanya receptionist di hotel, sebab, pada hari ahad, pejabat pelancong yg bertanda i berwarna biru tu tak bukak. Takleh le amik peta free hehe.

Tugu cristopher columbus di p.princippe

Tugu cristopher columbus di p.princippe

Dari p.princippe tu, tuju arah pertama adalah melalui jalan/lorong (sudah tentunya bukan denai) yang lurus dan panjang, namanya via balbi. It turns out, yang kami akan lalui jalan ni hampir tiap hari, jalan one way, lurus, sempit dan panjang. Kawasan pejalan kakinya di kiri kanan jalan adalah lebih besar dari jalan di tengah-tengahnya, mungkin kerana tujuan asal jalan ini bukanlah untuk trafik. Kat piazza hujung tu, saya kurang periksa namanya, adalah antara jalan masuk ke kawasan ‘labyrinth’. Nak tahu arah, senang saja, kena ringan mulut. Tanya la sape2 yg lalu lalang, bantai je simple italiano (Scusi, Ferrari? per favore) pastu ikut la mana tangan die tuju, tapi awas! jangan tanya kat karam singh walia, kalu ko cakap depan die, gerenti tangan die tertusuk lubang idong korang.

Gambar sebatang lorong kecil dalam labyrinth, motor muat la kot

Gambar sebatang lorong kecil dalam labyrinth, motor muat la kot

At last sampai la kat sana, sebuah piazza (atau bagi gastronomik tegar - sekeping piazza) yg agak luas, didominasi dengan air pancut kat tengah2 tu, tak banyak pun nak buat kat situ since kedai banyak tutup, terus masuk labyrinth balik, tuju ke porto antico - pelabuhan lama. Kat situ tarikan utama adalah acquario, khabarnya akuarium ke-3 terbesar kat europe. Masa merayau2 dalam labyrinth tu jumpe la church yang kecik2 ibarat surau le, bertaburan kat situ, ada rumah2 yg dah convert jadi kedai kecik2. Pusing2, tengok peta, tanya orang, sampai le kat porto tu. Tade apa nak buat, usai menikmati pemandangan dan gelagat orang sampai situ, naik le keretapi kecik pusing town, a good idea for a quick tour, kang len kali kita round la plak jalan kaki ;).